Assalamualaikum.
Woaahhh lamanya tak update kan ? Hmm , busy dengan praktikal, then cuti plak
takde idea nak tulis pasal apa-apa pun. Nak cerita pasal praktikal tak best ,
sebab praktikal yang lepas tu memang tak best pun , biasa-biasa je .
So nak
cerita pasal apa ye ? Haaaa . Nak cerita pasal kita dapat handphone baru . Yeay
yeay handphone baru . Haha . Handphone
pulak adalah dari jenama yang memang aku nak sangat iaitu Apple . Yes bebeh , I
got iPhone ! iPhone berapa ? iPhone 5 , hehehe . Actually , bukan sengaja nak
tukar phone , sayang jgk dekat blackberry (bb) tu kan . Tapi oleh kerana bb tu
buat hal masa aku tengah praktikal , so sayang tu dah hilang .
Korang
jangan ingat senang-senang je aku nak beli iPhone tu tau , sakit jugak . Jual
bb tu belum dapat balik modal lagi . Tapi, nasib baik la ada simpanan kat ASB ,
bole keluarkan duit sikit , pastu kan , hehe . Mintak la sikit kat ayah . Sikit
je okay .
Nak
dijadikan cerita , masa tu tak terfikir pun nak beli iPhone tu kan . (adalah
jgk mimpi nak guna, tp rasa mcm tak mampu . Survey pun iPhone 4s je, hehe) Tapi
memang da rancang nak jual bb tu . So aku mintak tolong kawan aku jualkan bb tu
. Aku taktau cara camne dia jual , yang penting aku nak pembeli . Nasib baik la
condition bb tu elok lg , so harga pun okay la kan . Alhamdulillah . Lepastu bb
pun selamat di tangan pembeli yg baru . Horeyyy !
Kawan aku
yang tolong jual bb tu pulak duduk Melaka . Pembeli yg baru pun org Melaka,
kalau tak silap la kan . So , kawan aku tu kene la datang na amek bb tu kan . As
a treat , aku bawak la dia pegi bandar , belanja makan . Haaa, masa tu lah ,
aku masuk Celcom centre . Then tetibe terpandang promotion Celcom dgn iPhone .
Tapi masa tu belum nak beli lg . Aku dengan member aku tu pun survey la , tanya
apa yg patut . Promosi macam best , harga pun macam okay sebab dia pakej sekali
dengan phone dengan internet . Kalau kira-kira , beli phone saja da mahal , tak
masuk internet lagi . Parah la camtu kan . So , balik rumah tu aku bincang la
sikit-sikit dengan mak and abang . Diorang tak kesah sebab aku guna duit aku ,
cume pujuk ayah sikit la sebab na tambah duit kan , hehe .
Few days
lepas tu , keluar dengan adik-beradik , memang rancang nak beli la kan . Tp
duit tak keluar lagi , sebab diorang terangkan masa tu bayar pendaftaran dulu ,
2 hari kemudian baru datang amek phone . Aku pun keluar duit cukup-cukup untuk
duit pendaftaran tu . Bila da isi semua boring keterangan tu , salesman tu tanya
nak amek phone sekarang pun bole . Then aku macam “ohh, pegang iPhone
sekarang?!” Haha, apa lagi kan . Terus pegi ATM keluarkan duit . Menggigil la
jugak pegang duit hampir 2K kan . Masa buat payment tu , abang yg bayar .
Tangan aku da menggigil , haha . Masa dia bagi phone tu lagi la macam , “gosh !
iPhone in my hand!” haha . (okay, gedik)
Asek pegang
je phone tanak lepas , hahaha . Budak jakun baru dapat pegang iPhone . Tapi
guna iPhone ni bukan senang-senang . 1 hari 1 malam aku kene marah dengan abang
. Sebab aku taktau guna , then dia pun taktau guna . (agaknya dia pun tension
tak dapat nak tolong aku, huhu ) masa tu pulak da kesuntukan masa , nak kene
balik akademi . Nak tanak kene la pegi jumpa abang sedara aku , mintak tolong
ajar . Dia aja aku pun benda-benda basic je macam daftar untuk Apple ID (macam
bb ID) , then macam mana nak beli application kat appstore .(aku banyak install
application yg free je , hehe) Benda-benda lain semua aku belajar sendiri je .
Pandai-pandai la search kat internet , survey sendiri macam mana nak guna
iPhone . Bukan senang okay , tension , stress ! hahaha . Tapi sampai ke hari
ini , aku berjaya guna dengan jayanyaaaa . Horeeeyyyy ! Ahhaa , lagi 1 , aku
tak beli warna putih , sebab mak aku cakap warna hitam lawa . Then , few of my
friends pun kata warna hitam . But today , rasa jelous bila tengok orang guna
warna putih :/ (aaaaaaa, nak tukar color putihhhh ! )
Okay tu je
nak bebel . Terpanjang pulak , hehe . Okay, selamat membaca dan terima kasih sebab sudi baca :)
See ? Ni la iPhone saya . Tu casing je warna pink ;)