CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 05, 2013

iPhone !


Assalamualaikum. Woaahhh lamanya tak update kan ? Hmm , busy dengan praktikal, then cuti plak takde idea nak tulis pasal apa-apa pun. Nak cerita pasal praktikal tak best , sebab praktikal yang lepas tu memang tak best pun , biasa-biasa je .

So nak cerita pasal apa ye ? Haaaa . Nak cerita pasal kita dapat handphone baru . Yeay yeay handphone baru . Haha .  Handphone pulak adalah dari jenama yang memang aku nak sangat iaitu Apple . Yes bebeh , I got iPhone ! iPhone berapa ? iPhone 5 , hehehe . Actually , bukan sengaja nak tukar phone , sayang jgk dekat blackberry (bb) tu kan . Tapi oleh kerana bb tu buat hal masa aku tengah praktikal , so sayang tu dah hilang .

Korang jangan ingat senang-senang je aku nak beli iPhone tu tau , sakit jugak . Jual bb tu belum dapat balik modal lagi . Tapi, nasib baik la ada simpanan kat ASB , bole keluarkan duit sikit , pastu kan , hehe . Mintak la sikit kat ayah . Sikit je okay .
Nak dijadikan cerita , masa tu tak terfikir pun nak beli iPhone tu kan . (adalah jgk mimpi nak guna, tp rasa mcm tak mampu . Survey pun iPhone 4s je, hehe) Tapi memang da rancang nak jual bb tu . So aku mintak tolong kawan aku jualkan bb tu . Aku taktau cara camne dia jual , yang penting aku nak pembeli . Nasib baik la condition bb tu elok lg , so harga pun okay la kan . Alhamdulillah . Lepastu bb pun selamat di tangan pembeli yg baru . Horeyyy !

Kawan aku yang tolong jual bb tu pulak duduk Melaka . Pembeli yg baru pun org Melaka, kalau tak silap la kan . So , kawan aku tu kene la datang na amek bb tu kan . As a treat , aku bawak la dia pegi bandar , belanja makan . Haaa, masa tu lah , aku masuk Celcom centre . Then tetibe terpandang promotion Celcom dgn iPhone . Tapi masa tu belum nak beli lg . Aku dengan member aku tu pun survey la , tanya apa yg patut . Promosi macam best , harga pun macam okay sebab dia pakej sekali dengan phone dengan internet . Kalau kira-kira , beli phone saja da mahal , tak masuk internet lagi . Parah la camtu kan . So , balik rumah tu aku bincang la sikit-sikit dengan mak and abang . Diorang tak kesah sebab aku guna duit aku , cume pujuk ayah sikit la sebab na tambah duit kan , hehe .

Few days lepas tu , keluar dengan adik-beradik , memang rancang nak beli la kan . Tp duit tak keluar lagi , sebab diorang terangkan masa tu bayar pendaftaran dulu , 2 hari kemudian baru datang amek phone . Aku pun keluar duit cukup-cukup untuk duit pendaftaran tu . Bila da isi semua boring keterangan tu , salesman tu tanya nak amek phone sekarang pun bole . Then aku macam “ohh, pegang iPhone sekarang?!” Haha, apa lagi kan . Terus pegi ATM keluarkan duit . Menggigil la jugak pegang duit hampir 2K kan . Masa buat payment tu , abang yg bayar . Tangan aku da menggigil , haha . Masa dia bagi phone tu lagi la macam , “gosh ! iPhone in my hand!” haha . (okay, gedik)

Asek pegang je phone tanak lepas , hahaha . Budak jakun baru dapat pegang iPhone . Tapi guna iPhone ni bukan senang-senang . 1 hari 1 malam aku kene marah dengan abang . Sebab aku taktau guna , then dia pun taktau guna . (agaknya dia pun tension tak dapat nak tolong aku, huhu ) masa tu pulak da kesuntukan masa , nak kene balik akademi . Nak tanak kene la pegi jumpa abang sedara aku , mintak tolong ajar . Dia aja aku pun benda-benda basic je macam daftar untuk Apple ID (macam bb ID) , then macam mana nak beli application kat appstore .(aku banyak install application yg free je , hehe) Benda-benda lain semua aku belajar sendiri je . Pandai-pandai la search kat internet , survey sendiri macam mana nak guna iPhone . Bukan senang okay , tension , stress ! hahaha . Tapi sampai ke hari ini , aku berjaya guna dengan jayanyaaaa . Horeeeyyyy ! Ahhaa , lagi 1 , aku tak beli warna putih , sebab mak aku cakap warna hitam lawa . Then , few of my friends pun kata warna hitam . But today , rasa jelous bila tengok orang guna warna putih :/ (aaaaaaa, nak tukar color putihhhh ! )

Okay tu je nak bebel . Terpanjang pulak , hehe . Okay, selamat membaca dan  terima kasih sebab sudi baca :)
See ? Ni la iPhone saya . Tu casing je warna pink ;)

0 comments:

Post a Comment