CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 24, 2013

Dia yg kami CINTA

20 May 2013 . 3.30 pagi . 1 tarikh, 1 waktu yg tak mungkin aku lupa, takkan kami lupa. Perginya Dia. Dialah ayah, Dialah ibu, Dialah cikgu, Dialah tempat menumpang kasih, Dialah segalanya sepanjang kami berjauhan dengan ibu ayah dan keluarga. Segalanya kami luahkan pada Dia.

Kini Dia tiada lagi. Tiada lagi terdengar bebelanNya, amarahNya, nasihatNya, usikanNya. Tiada lagi semua itu. Kini Dia tinggalkan Nasihat, Kata-kata yang sentiasa berlegar diminda. "kamu bukan murid saya, kamu anak-anak saya" , "saya tak dapat nak ubah awak, awak kene ubah diri awak sendiri" .

Dia menjaga kami, dengan penuh amanah, dengan harapan 'anak-anaknya' semua berjaya ke menara gading. Setiap hari, tidak pernah lekang bibirnya dengan senyuman. Marahnya Dia hanya seketika, tidak disimpan didalam hati. Itulah marah seorang Ayah, ayah kedua kami.

Kami bersedih, dan terlalu sedih dengan ketiadaanNya, tiba-tiba pergi, pergi untuk selamanya. Dialah yang paling teruja, Dialah yang paling bersemangat menguruskan majlis graduasi kami. Tapi malangnya, Dia tiada pada waktu hari bersejarah itu bakal menjelang. Sungguh, kami terkilan!

Tapi takdir tiada siapa yang dapat menghalangnya. Tuhan lebih sayangkan dia. Cukuplah segala bakti dan tunjuk ajar darinya. Terlalu banyak, tidak ternilai. Kami disini hanya mampu berdoa semoga tuhan tempatkan dia dikalangan orang-orang beriman.

"Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosanya, kau tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yg kau sayangi, orang-orang yg sentiasa mendapat keredhaan darimu. Sesungguhnya dialah yg terbaik bagi kami. Terlalu banyak jasanya kepada kami, hingga tidak terbayar walau segunung permata, walau seluas lautan. Kau terimalah doa-doa kami Ya Allah, doa dari 'anak-anaknya' yang terlalu cintakan dia. Amin."


Dia dalam kenangan :

Khasim bin Muzam 
(8 April 1954 - 20 May 2013)
*al-fatiha*

2 comments:

Unknown

berlinang air mata aku baca....

Unknown

Wahai anak2 ku...
Apabila anak Adam kembali ke alam fana' hanya 3 perkara yg dapat membantunya selepas pemergiannya:
1. harta jariah yg ditinggakannya
2. ilmu yg bernafaat yg diajarkannya
3. anak2 yg soleh yg berterusan mendoakannya
Oleh itu, jika benar apa yg dikata yg kelian mengaku bhw arwah dianggap sebagai bapa kelian yg ke2...bantulah beliau dengan doa2 kelian yg berterusan. Sedekahkanlah alFathihah seteiap kali selepas sembahyang. InsyaAllah ini dapat membantu beliau.
Kehilangan beliau juga amat menyayat hati saya..lebih2 lg utk menatap wajahnya utk kali terakhir juga saya tak bisa..
Yaa Allah..kau ampunilah dosa2nya dan tempatkan rohnya di kalangan roh2 yg kau redhai..

Post a Comment