CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 15, 2011

oh kampus !

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Helo. Uish ! uhuk uhuk uhuk ! Adeyh, berhabuk dah belog ni. Tu la, orang buat belog, kau pun sebok nak buat. Tapi orang update, kau tak update pun. Hihihi.

Okay, helo-helo u all’s sume apa khabar ye ?? Lame kan aku tak update belog ni, hehe. Tak de masa la, mintak maap banyak-banyak. Al-maklumla, da nama pun pelajar kan, hehe. Aku busy la kat kampus tu. Jadual harian kitorang kat sana padat. Hari-hari jadual kitorang penuh. Mula pukul 6.30 pagi je dah kene pegi muster.Mesti korang terfikir kan muster tu ape ? Hehe, okay muster tu kira macam assemble la. kalau assemble pun tak tau, pegi lah bukak kamus. Em,macam kat sekolah tu, kene beratur, ada perhimpunan kan. Haaa, macam tu lamuster. Tapi muster aku tu tak de la macam perhimpunan kat sekolah. Kitorang kat sini kene beratur jugak, ikut kelas. Kat sini ada tiga kelas iaitu kelas 1, 2 dan 3. kuno betul kan. Namakelas pun tak de, just 1, 2, 3. haha. Okay-okay, lepas beratur, kene panggil nama. Setiap orang kene sebut sendiri nama masing-masing. Aku tauape korang fikir. Memang. Kitorang ni da macam pra-military, huhu. Lepas panggil nama ada bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan paling WAJIB iaitu, Sime Darby Core Value. macamharaaaammmm.

*meh aku nak selit sikit pasal Sime Darby Core Value.Baca hari-hari sampai dah hafal, :D
-Respect & responsibility : we must respect the people we work with and the environment we
operate within.
-Enterprising : we need to seek and seize the opportunities with speed and agility
-Excellence : we need to stretch the horizon of growth through unwavering ambition
-Integrity : we need to uphold high level of personal and professional value

fuh ! hari-hari baca ni, maunye tak ngapal. Lepas da baca ni, sume akan bergerak ke jalan tar, iaitu tempat kitorang buat light activity. sebenarnye tak light sangatpun, kadang-kadang berat gak. Tapi bukan la hari-hari kitorang buat light activity tu, kadang-kadang kene jogging 5 km. yang ni sumpah penat ! kenelari dalam masa 30 minit, gila ! Okay, then 7.30 pegi sarapan. 8.30-12.30 masuk kelas la kan. Pastu rehat makan tengahari sampai pukul 2.30. Pastu masuk kelas lagi sampai 4.30. 5.30-6.30 kene pegi riadah pulak. Macam tu la jadual aku hari-hari. Sebab tu la aku kata padat, hehe. Lagipun kat sini tak de sumber internet. Tu pasal la aku stuck sikit. Nak online pun tak boleh, lagi nak update ini belog. Memang tak dapat la kan. Ni pun baru je ada wifi, hehe. Alhamdulillah. Merasa jugak la kitorang batch pertama ni merasa kemudahan yang ada kat sini, hehe.

Huh ! macam tak caye je kan aku update belog ni boleh tulis panjang-panjang, haha. Ucapan beribu terima kasih la kat orang ni, Mohammad Thaqib b Mohd Zaki. Siapakah ??? Dia la abang sedara aku, yang banyak mengajar aku pasal buat benda-benda kat belog ni, hehe. Thanks bro ! Tapi aku tak dapatla nak melawan belog dia lagi kan. Belog dia TERBAIK ! Aku masih lagi tak dapat nak memberi input-input yang berguna untuk korang dalam belog ni, yang ada hanyalah kisah aku, hidup aku yang tak berapa nak semenggah ni, huhu. Kalau korang nak tengok belog dia bole cari kat link ni faceboored.blogspot.com

Eh eh, punyalah banyak aku dah merepek meraban, hehe. Okay,lets we back to our topic. ececeh, speaking pulookk ! Aku sebenarnya nak show off kat korang tentang view kampus aku ni. Mesti korang fikir aku over je nak tunjuk-tunjuk kan. eh, sukehati aku lah, belog aku. Em, sebenarnya ada la dua tiga orang kawan aku yang tepon, bila tanya, “kau kat mana tu ?” *aku nak jawab kat bilik, tapi bukan kat bilik. Aku kat rumah. Tapi bukan rumah akuyang kat Yong Peng tu. Ish ! cmne eh ? Aku nak terangkan susah, so, show off kat sini, harap-harap korang faham dan tiada lagi yang bertanya :D

Kitorang duduk kat sini macam suasana taman perumahan. Tak besar pun, kira 1 kawasan perumahan kecik la kan. Makan minum kat akademi ni sume freeeee je,hehe. Kitorang ada dewan makan, laundry, dan kedai kecik. Sumenye dalam kampus ni. Yelah, kitorang bukannya bole keluar sukehati macam korang-korang kat luar tu. Kitorang kat sini sumenye terhad. Dah masuk sini pun free, bawak pakaianje. Makan minum ditanggung sepenuhnya, dapat elaun lagi RM 300 sebulan. Untung tak? Mesti lah untung kan. Tapi, disebalik keuntungan tu, ada lah yang terpaksa kitorang tahan, antaranya ialah tak boleh nak keluar sesuka hati, pakaian seragam macam budak sekolah dan aktiviti harian yang perlu dipatuhi setiap hari. Mana ada orang yang nak senang tu senang je kan, mesti ada kesulitan disebaliknya.

Okay, walaupun kitorang terpaksa mengikuti peraturan yang ketat, jadual harian yang padat dan macam-macam lagi la, tapi, ha ada tapi tau.Tapi kitorang ada tempat tinggal yang sangaaaaattt selesa ! Ya, sangat selesa.Tak de tempat belajar yang dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa macam kitorang dapat. Aku berani gerenti la, potong jari punya maaaa, hehe. Kitorang tinggal dalam rumah yang mempunyai dua bilik dan dua bilik air, siap ada ruang dapur dan ruang tamu yang lengkap dengan set sofa. helo, sila tutup mulut,naty masuk lalat, kahkah. Ha, macam tak percaya kan. Betul la, aku tak tipu. Sangat selesa kan. Tinggal hati je,nak belajar ke tak.

Bosan lah asek tulis je panjang-panjang. Aku suka ada gambar-gambar. Hehe, aku dah penat ni na tulis panjang-panjang. Sekarang nak show off kampus terchentha !




*ni la rumah aku. macam rumahsebandung


*ni jalan tar tempat buat light activity

*bunga@lanskap depan rumah


*ni lecture hall. memang tak de alasan nak ponteng kelas =="


okay, tu je yang dapat aku tulis kali ni. dah, bubbye !

2 comments:

Anonymous

The basic is: respect & responsibility.

Melalui dua perkara ni, lahirnya perkara-perkara lain. Dalam banyak-banyak perkataan, guwe saja cari isi penting. Untuk kita sama-sama jadikan peringatan. :)

sweetsourbitter

apa isi penting tu ?

Post a Comment