CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 24, 2011

rambut :)

Assalamualaikum. Helo ! ehee, aku tengah study week ni sebenarnya, tapi curi-curi masa sikit nak update belog ni. Jeles la tengok orang boleh update belog selalu.huhu.

Okay harini tak mau cerita panjang-panjang sangat. Aku nak bagi tips sikit. Tips ni sangat sesuai untuk kaum hawa yang sukakan rambut yang cantik dan sihat.ada ke pempuan yang tak suka?haha

Aku cari tips ni untuk diri sendiri, dan jugak berniat nak kongsi ngn korang semua. So, enjoy reading it yeah ! :D


Cara berikut dapat membantu anda dalam perawatan rambut agar terlihat cantik :


- Shampo

Produk kecantikan untuk rambut ini merupakan cara yang instan untuk merawat rambut agar tetap bersih. Akan terlebih dahulu pastikan shampo tersebut sesuai untuk rambut anda. Ini kerana setiap orang pasti memiliki rambut yang berbeza-beza. Oleh itu, pilihlah shampo yang sesuai bagi rambut anda, dan jangan gunakan shampo terlalu kerap dengan setiap kali mandi memakainya. Gunakanlah shampo sesuai dengan kekerapannya, iaitu setiap 2-3 hari sekali. Ini kerana jika anda menggunakan shampo terlalu kerap boleh menyebabakan rambut tampak kering dan tidak sihat.


- Sisir

Pada setiap hari, rambut anda akan kelihatan 'terpacak' atau tidak kemas terutamanya pada waktu anda bangun tidur atau sehabis mandi. Maka gunakanlah sisir@sikat untuk merapikannya. Pastikan sisir yang anda gunakan dibuat dari kayu, dan elakkan menggunakan sisir yang patah pada salah satu giginya. Pemakaian sisir@sikat yang keras boleh mengakibatkan kutikula rambut terkoyak.


- Hot oil

Sebelum menggunakan shampoo cubalah sapukan hot oil pada rambut yang kering, biarkan kira-kira 15 minit dan bilas. Hot oil ini boleh membantu menenangkan dan meningkatkan sirkulasi peredaran darah pada rambut, juga memberikan perawatan ekstra untuk menjaga keadaan dan vitalitas rambut.


- Conditioner @ Pelembap

Setelah menggunakan shampoo, sapukan rambut anda secara perlahan dengan conditioner @ pelembap dan segera bilas sampai bersih. Conditioner @ pelembap akan mengembalikan kelembapan rambut dan menjaga rambut tetap berkilau, halus, dan bercahaya.


- Hair Mask

Minimum gunakan seminggu sekali hair mask, atau boleh juga digunakan sebagai pengganti conditioner @ pelembap untuk rambut yang sangat kering. Oleskan hair mask pada ujung jari dan sapukan pada rambut anda, biarkan dan bungkus dengan tuala kering selama 10-15 minit dan bilas dengan bersih.


Hemm, rasanya semua dah paham kan. Penjagaan rambut yang baik jugak dapat menyihatkan tubuh badan. Sebab?? Kalau rambut sihat, takde kelemumur, takde la korang tegarok-garok macam beruk kat zoo tu kan, tehee ;) rambut sihat, kepala pun terasa ringan je.


*bestkan kalau dapat rambut macam ni



Sumber ni aku dapat kat sini tipsku.info

Image ihsan dari google

0 comments:

Post a Comment